About Me

My photo
I have a distinctive style of simple style

Blog Archive

Wednesday, February 16, 2011

Bergiat dalam bidang seni

Mak Yong merupakan taridra Melayu yang unik dan halus sifatnya. Ia merupakan kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan. Terdapat 12 cerita pokok Mak Yong yang utama antaranya termasuklah Dewa Muda, Raja Tangkai Hati, Raja Bijak Laksana, Gading Betimang, Raja Muda Lakleng dan Raja Besar Ho Gading. Taridra trdisional Melayu ini dipersembahkan oleh watak-watak seperti Pak Yong, Pak Yong Muda, Mak Yong, Puteri Mak Yong, Peran dan watak Dayang-Dayang. Keunikan Teater Mak Yong telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai �Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity� yang merupakan pengikhtirafan tertinggi warisan dunia bagi seni budaya....


`disebabkan adik abe2 antara keramai nie tok leh merintoh dale negeri nih` hehe
aku yang berdialog..nop bunuh adik aku antaro seowg


sudah setahun lebih aku bergiat dalam bidang makyong ini dan sudah beberapa kali aku dipilih untuk membuat show...cerita yang telah aku tayangkan iaitu Anak Raja Godang dan Raja Besar Ho Gading....Anak Raja Godang aku dibagi watak sebagai inang dan Raja Besar Ho Gading plak aku diwatakan sebagai anak raja...